KEJAYAAN MANUSIA, HANYA DALAM AGAMA


Kejayaan manusia dalam agama. Sejauh mana taat perintah Allah, ikut cara nabi SAW. Jika manusia ambil agama dalam kehidupan mereka, mereka akan berjaya. Perdana menteri ambil agama dalam kehidupan dia, dia akan berjaya. Doktor perubatan ambil agama dalam kehidupan dia, dia akan berjaya. Tukang sapu sampah ambil agama dalam kehidupan dia, dia akan berjaya.

Tidak kira seseorang itu kaya atau miskin. Pandai atau tidak pandai. Cantik atau tidak cantik. Tinggal di bandar atau di desa. Seorang raja atau seorang hamba. Seorang doktor atau tukang sapu sampah. Seorang jurutera atau pencuci tandas.

Bila dia ambil agama dalam kehidupan dia, maka dia akan berjaya!

Sebaliknya seseorang yang ada harta satu dunia sekalipun, bila tidak ambil agama dalam kehidupan dia, maka dia akan gagal dengan sebenar-benar gagal.

Sebagaimana Allah hantar nabi-nabi pada zaman dahulu, ada nabi yang dihantar pada satu zaman, ada nabi yang dihantar untuk satu kaum, ada nabi yang dihantar untuk satu negeri, semuanya melakukan tugas yang sama. Nabi-nabi telah buat dakwah. Mereka mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah. Memberitahu manusia tentang keesaan Allah. Tentang kebesaran Allah.

Begitulah juga umat ini dihantar untuk maksud yang sama. Hari ini nabi telah tiada. Walau sejahat mana pun manusia, nabi tidak akan dihantar lagi. Jadi umat ini telah dipertanggungjawabkan untuk buat kerja nabi. Kerja mengajak manusia untuk mengenali Allah. Memberitahu manusia supaya mentauhidkan Allah.

Kesan dari kerja inilah, Allah mengislahkan umat ini. Iman dapat dipertingkatkan bila melakukan kerja dakwah.

Maka apabila iman telah meningkat, semua larangan Allah dapat ditinggalkan. Hari ini manusia banyak melakukan maksiat kerana iman yang sangat lemah. Jadi sangat penting untuk meningkatkan iman supaya segala perintah Allah dapat dituruti dan segala larangan Allah dapat ditinggalkan.

Untuk itulah ulama buat tertib untuk kita belajar usaha dakwah. Umat ini perlu keluar jalan Allah. Bagi masa 3hari, 40hari, 4bulan untuk islahkan diri. Dengan pengsilahan inilah Allah akan ajar kita. Allah akan bagi kefahaman pada kita apakah sebenarnya kehendak Allah hantar kita ke dunia ini.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya keluar berjuang di jalan Allah sepagi atau sepetang adalah lebih baik daripada dunia dan isinya.

No comments:

Post a Comment