TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN


Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita down atau hilang keyakinan diri. Apa-taknya, tiapkali bila hadap dengan orang ramai, langsung takde rasa confident sebab badan yang gemuk. Selalu tertanya-tanya, betul ke ada yang dapat turunkan berat badan dengan cepat. Dengar cerita, ada yang boleh hilangkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu.

Benar atau tak, korang kena cuba. Apa yang kami pasti, 10 cara ini pasti akan dapat menurunkan berat badan korang. Ini kerana, ia tak menggunakan apa-apa produk kurus. Paling penting, ia lebih selamat.

1. ELAKKAN MAKAN MALAM
Cuba korang amal tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan kita memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Kalau tak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!

Ramai yang tak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara pantang paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan. Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik korang ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan makanan ringan yang langsung tak seimbang.

2. JAUHKAN DIRI DARI GAJET DAN TV
Tahukah korang menurut satu kajian, makan sambil menonton tv sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa. Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun korang makan seorang diri.

3. TIMBANG BERAT SETIAP HARI
Jika berat badan korang naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna korang perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian.

4. SENAMAN REGANGAN 3 KALI SEMINGGU
Lakukan senaman ringan seperti pumping, sit-up atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan saiz otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.

5. SIBUKKAN DIRI SENDIRI
Kadangkala sedang kita duduk bersantai sure la terasa nak makan something kan kan. Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’ tu, pastikan korang sibukkan diri sendiri seperti call member dan borak-borak dengan dorang. Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ni kejap je, hanya dalam 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.

6. BREAKFAST DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Pernah dengar matsalleh cakap “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”? Percayalah, breakfast adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.

Kajian menunjukkan breakfast biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya korang takde la lapar sangat waktu makan tengahari. Korang mungkin boleh pilih seperti telur, roti atau ayam bakar sebagai manu breakfast korang. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini. Pastikan breakfast dan jangan biarkan perut korang kosong sebelum keluar rumah.

7. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup berkesan. Buah-buahan takda lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut korang sebab buah-buahan baik untuk proses pelawasan. Jangan pening fikir pasal kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang ada karbohidrat yang tinggi dan serat sihat yang baik untuk badan.

8. PASTIKAN CUKUP TIDUR
Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu kita membuat pilihan makanan yang betul. Tambah lagi bila korang mendapat rehat yang cukup, korang kurang la terdedah kepada keletihan dan tekanan.

9. BAYANGKAN DIRI KURUS
Walaupun dengar macam kelakar, tapi ini la antara tips mengurangkan berat badan. Korang kena pandai berimaginasi. Apa salahnya berangan? Bukan kena bayar pun kan kan?Apabila korang rasa down atau takde semangat, bayangkan diri korang kurus dan langsing. Motivasi secara visual ini dapat membantu korang supaya fokus dengan matlamat untuk kurus.

Jangan terburu-buru dalam proses mengurangkan berat badan. Biar perlahan-lahan, asalkan berat turun. Yang paling penting, kena istiqamah dan konsisten dalam menurunkan berat badan. Dan pastikan korang cuba diet yang betul untuk kurus. Barulah berkesan!.

Kami doakan agar korang dapat mencapai berat badan yang dihajati. All the best dan selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment