KUCHING - BINTULU SEPANJANG DISEMBER 2018


Akan ke Bintulu untuk ke-3 kalinya untuk shoot wedding pada awal bulan dan akhir bulan Disember 2018. 

Wedding pertama di Bintulu pada Mac 2018. Tapi majlis diadakan di Kampung Kuala Balingian dan outdoor di Tanjung Batu Bintulu.

Kali ke-2 di Kampung Asyakirin, Bintulu pada Jun 2018.

Semua nya hasil dari pengamatan bakal pengantin apabila melihat gambar yang diambil di Tanjung Batu pada awal Mac 2018.

Untuk kesekian kalinya, sepanjang Disember tahun ini akan shoot berseorangan dan satu hari satu wedding dihujung minggu.

Terima kasih orang Bintulu. Akan aku balas kepercayaan ini dengan hasil yang menarik. Haha


WEDDING KPG GROGO, BAU. SARAWAK VS JOHOR

Belum final edit. Gambar di jalan masuk ke Gua Agin, Bau.

Hari ini diberi kepercayaan untuk merakam kenangan terindah petembungan dua negeri, iaitu Sarawak dan Johor.

Majlis diadakan di Kpg. Grogo, Bau yang merupakan kediaman pengantin perempuan. Ibu pengantin perempuan berbangsa Bidayuh dan ayah nya berasal dari Johor dan telah menetap di Sarawak sejak sekian lama. Walaupun sudah lama menetap di Sarawak, hubungan erat antara keluarga di Johor masih erat. Saya di maklumkan 21 orang keluarga dari Johor hadir ke perkahwinan ini.

Pengantin lelaki berasal dari Serian dan telah menetap di Bau bersama keluarga. Katanya, percintaan bermula setelah bertemu kembali di facebook. Walaupun kedua-duanya bersekolah di sekolah yang sama satu ketika dahulu, namun cinta terjalin setelah kedua duanya mempunyai kerjaya masing-masing.

Akad nikah diadakan pada malam 10 November 2018 selepas Isyak dan di sempurnakan oleh Ustaz Omar dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang kebetulan berasal dari kawasan yang sama.

Outdoor di sekitar gua angin.


PANTAI DAMAI & MENTARI SENJA (DAMAI BEACH & SUNSET)


Setelah seminggu penat bekerja di Bandar Raya Kuching, Pantai Damai adalah satu-satu nya destinasi yang paling sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 

Lepas shoot wedding di Bau, terus ke Damai bersama keluarga.

Mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuching, Pantai Damai ini terletak di kaki Gunung Santubong dan bersebelahan dengan Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village) yang merupakan lokasi berlangsungnya Rainforest World Music Festival yang diadakan setiap tahun.

Selain daripada itu, pemandangan mentari senja atau sunset juga menarik ratusan pengunjung berkumpul dihadapan pantai ini setiap hari dan keadaan semakin meriah pada hujung minggu.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakam ketika berada di sini ;

Harus dicuba. Menjual menu sepsial yang popular di Sarawak. Suman payak.

Aktiviti riadah bersama keluarga.

Meriah. Ramai pengunjung sedang bersantai menunggu matahai terbenam.











Sunset yang menraik perhatian pengunjung.



Keadaan yang sesuai bersama yang tersayang

Replika Burung Kenyalang


Antara photographer yang sedang tekun merakam sunset



JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA MENGHUBUNGKAN HONGKONG DAN CHINA


Setelah 9 tahun penantian untuk menyiapkan jambatan terpanjang di dunia, akhirnya jambatan sepanjang 55km tersebut akan dibuka untuk orang ramai hari ini. Jambatan ini pastinya akan menjadi penghubung untuk memudahkan urusan di Hong Kong dan tanah besar China.

Jambatan yang mengambil masa hampir 1 dekad untuk disiapkan ini menelan kos sebanyak USD20 billion akan dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping.


Untuk pengetahuan anda, jambatan tersebut dibina menggunakan keluli yang dapat membina 60 buah Eiffel Tower serta dapat bertahan sehingga 120 tahun.

Jambatan yang dihubungkan dengan 2 buah pulau buatan dan 4 terowong dasar laut ini akan membantu memendekkan jangka masa perjalanan di antara penduduk di Hong Kong dan 8 buah daerah sekitarnya seperti Macao daripada 3 jam kepada 30 minit sahaja.


Mungkin ada di kalangan anda yang bakal ke Hong Kong dalam masa terdekat dapat merasai sendiri pengalaman merentasi jambatan terpanjang di dunia tersebut. Disebabkan jambatan ini boleh bawa anda ke Macao, ini tempat menarik yang anda boleh terjah jika berada di Macao.