CIRI CIRI LELAKI IDAMAN WANITA. LELAKI WAJIB BACA!!


Jika Berjumpa Lelaki Dengan Kualiti Ini, Jangan Mudah Lepaskannya!

Jika Berjumpa Lelaki Dengan Kualiti Ini, Jangan Mudah Lepaskannya! Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar-benar jujur dalam hubungan yang dijalin. Dari berkawan itu anda boleh menilai karakter si dia adakah terdapat ciri-ciri atau kualiti diri yang boleh dijadikan pasangan hidup. Diharapkan anda jatuh cinta dengan lelaki yang tepat agar rumah tangga yang dibina memberi kebahagiaan buat anda berdua.

1. Dia tahu akan peranannya
Lelaki yang memahami kelebihannya akan tegas dengan pilihan yang dibuatnya sendiri. Ia akan membahagikan waktu untuk hubungan dan keutamaan yang lain. Lelaki begini akan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap tanggungjawabnya. Ia menerima tanggung jawab atas tindakannya dan tidak pernah menyalahkan orang lain jika sesuatu terjadi.

2. Berkomunikasi secara jujur
Lelaki yang membuat anda jatuh cinta ini tidak berbohong atau memutar belit fakta, dia percaya diri dengan kemampuannya. Dia mempertahankan kesabaran dan kasih sayang, kerana dia tahu bahawa itu adalah sikap yang paling kuat.

3. Menjadikan anda merasa selamat
Lelaki ini akan membuat anda merasa tenang bila berada bersama. Dia akan berusaha memenuhi keperluan anda, tidak bercakap tentang diri anda kepada orang lain.

4. Sopan dan menghormati
Lelaki yang baik akan membuat anda merasa tenang kerana memang sewajarnya mereka patut melayan anda sebegitu. Ketika jatuh cinta dengannya, dia tidak tertarik pada pandangan orang lain, namun lebih fokus pada hubungan yang sedang dijalin antara dirinya dengan anda. Ini bermakna dia sopan dan menghormati diri anda.

5. Menerima
Lelaki yang baik juga akan bersyukur atas apapun yang anda lakukan untuknya. Dia tidak akan mengharapkan balasan, namun menerima rasa cinta tersebut. Dia akan meminta apa yang diperlukannya dan menanyakan hal yang sama pada anda.

6. Dia melihat kemampuan anda dengan optimis
Lelaki ini juga akan mempercayai kemampuan anda secara optimis. Dia tidak akan membandingkan atau membuat anda merasa putus asa, dia akan turut gembira sekiranya anda berjaya mencapai kejayaan.


Suami ‘Kaki Pukul’. Adakah Dia Yang Terbaik Untuk Anda?
Kisah keganasan rumah tangga bukan lagi perkara yang boleh ditutup, kalau mengikut penulis sejak dari kecil lagi drama-drama tontonan di kaca televisyen telah menunjukkan pelbagai kisah menyayat hati tentang seorang suami sanggup memukul isteri dan anak-anak. Tapi kini keganasan terhadap wanita bukan sahaja berlaku pada perkahwinan malah ketika bercinta. Suami atau teman lelaki kaki pukul, berkelakuan kasar dan boleh mencederakan fizikal serta mental anda, adakah yang terbaik untuk anda?

1. Hukum suami pukul isteri dari prespektif Islam
Islam hanya membenarkan suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mendidi tanpa mencederakan serta menjatuhkan maruah isteri. Pukulan berbentuk pengajaran ini adalah cara terakhir yang boleh digunakan jika dua langkah ini gagal iaitu teguran baik dahulu dan kemudian memboikot tempat tidur. Pukulan juga hendaklah tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka.

2. Langkah awal
Berbicaralah mengenainya. Ajak suami untuk menceritakan segala masalah yang mungkin dia hadapi sehingga memilih melakukan kekerasan. Pastikan sistem sokongan sentiasa disamping anda. Seeloknya berhubunglah dengan keluarga dan sahabat baik sebagai tempat bergantung jika berlaku sebarang kecemasan. Diingatkan segala aib rumah tangga masih perlu dijaga kerana kebanyakan campur tangan keluarga boleh menutup jalan perdamaian.

3. Belajar Menerima
Cuba untuk belajar tentang sikap pemarah suami dan kelakuannya. Aturkan sempadan antara kamu dan suami supaya dapat mengelakkan dari membuka pekuk amarahnya.Namun jika suami terus untuk memukul anda sehingga menjejaskan kesihatan dan mental,

4. Langkah terakhir
Ambil gambar kecederaan yang dialami sebagai bukti. Lakukan laporan polis dan minta untuk membuka kertas siasatan serta memohon Perintah Perlindungan Sementara. Dapatkan pemeriksaan doktor dari hospital kerajaan dan pastikan anda terima laporan perubatan yang penuh. Jika perlu, rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan perlindungan. Buat keputusan yang tepat untuk berdamai (beri peluang) atau berpisah dengan cara yang baik. Sila pilih hidup untuk sayang diri anda dahulu.