LIMA TIPS BAGI MEMASTIKAN ONLINE PROFILE ANDA DALAM KEADAAN BAIK.


Media sosial merupakan satu perkara yang penting untuk majikan melihat anda dengan lebih dekat. Dengan kewujudan internet, semua maklumat sekarang berada di hujung jari bakal majikan anda.

Pasti anda akan berkata “Ala nama pun media sosial, ini tempat kita untuk bersosial. Siapa anda untuk beritahu apa yang perlu dibuat dan apa yang tak perlu saya buat di media sosial?”

Ya, itu sememangnya hak anda, tetapi jika anda lagi rela untuk mengadaikan reputasi dan kerjaya anda dengan kepuasan kehidupan bersosial. Itu di atas pilihan anda sendiri.

Ada pepatah mengatakan :

“It takes several years to build a reputation and five minutes to ruin in. If you think about that, you will do things differently.”

Anda dapat menyelamatkan diri anda daripada pening kepala jika anda lakukan satu perkara kecil ini iaitu, fikir dahulu sebelum anda post sesuatu di media sosial.

Dan lagi sekali anda akan menjawab “Bagaimana majikan boleh menghakimi saya dengan cara post di media sosial, ia suatu perkara yang tidak adil.”

Ya, inilah dunia sebenar yang perlu anda lalui, terutamanya dengan keadaan pasaran kerja yang semakin sengit sekarang ini.

Sebenarnya apa yang ingin dilihat di laman media sosial anda adalah apa perkara atau nilai positif yang ada pada diri anda.

Selalunya di media sosial bakal majikan akan mengetahui jawapan yang mereka inginkan mengenai diri anda. Berdasarkan kajian daripada Snelling.com mengatakan, sebanyak 86% majikan melihat laman sosial calon sebelum memanggil mereka datang ke sesi temuduga.

Kerana apa perkara ini sangat penting bagi majikan?

Kerana ia bersangkut paut kepada reputasi syarikat pada masa hadapan. Setiap pekerja di dalam sesebuah syarikat merupakan “role model” untuk syarikat.

Jika anda seorang yang tidak layak untuk mewakili syarikat, bagaimana mungkin mereka mahu mengambil anda sebagai ahli dalam pasukan mereka.

Ini 5 Tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan “Online Profile” anda dalam keadaan baik :

1. Elakan post perkara negatif
Pertama sekali yang patut anda elakkan ialah post gambar atau perkara-perkara yang negatif. Ia termasuklah sumbernya datang daripada anda sendiri ataupun mereka yang tag kepada diri anda.

Tiada majikan yang mahukan bakal pekerja mereka mempunyai sikap yang negatif. Bayangkan jika anda seorang majikan, adakah anda inginkan bakal pekerja anda yang sentiasa membuli di media sosial, post perkara negatif dan selalu mencetuskan provokasi terhadap orang lain?

Jika tidak, ia sama juga seperti bakal majikan anda mahukan. Mereka tidak mahu melihat-melihat perkara itu ada di dalam diri bakal pekerja mereka.

2. Tekankan perkara-perkara yang baik
Jika anda ada sertai aktiviti sukarelawan, masuk pertandingan sukan, ataupun apa sahaja perkara yang anda sertai, kongsikan cerita-cerita positif berkenaan di dalam media sosial yang anda ada.

Kadang kala asbab daripada tindakan anda berkongsi membuatkan orang lain juga terinspirasi dan merasakan aura positif itu terhadap diri anda.

Contohnya, jika anda sertai aktiviti gotong royong, anda boleh kongsikan di Facebook apakah manfaat dan kebaikan yang anda telah pelajari daripada menyertai aktiviti ini.

Mungkin tulisan anda itu mampu memberikan rakan2 anda yang lain untuk turut serta pada masa akan datang.

Anda boleh post apa sahaja perkara di dalam media sosial asalkan ia tidak berunsurkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan aura negatif kepada orang yang melihat atau membacanya.

3. Internet suatu medium yang besar
Selalu beringat bahawa Internet ini adalah satu perkara yang besar di dalam merekod apa sahaja mengenai diri anda.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana kuasa media sosial di dalam menyebarkan sesuatu maklumat atau apa sahaja yang anda kongsikan kepada ramai orang. Sememangnya ia sangat cepat dan mudah.

Selalu berhati-hati apabila meletakkan maklumat atau perkongsian di media sosial.

4. Sentiasa minta orang mengawasi post anda.
Buat keputusan untuk meminta nasihat daripada orang terdekat yang boleh anda percayai (keluarga, mentor, guru dan sebagainya) untuk sentiasa melihat atau memberikan respon kepada post yang anda lakukan untuk memastikan ianya juga diterima baik oleh mereka.

Kadang kala anda merasakan post-post anda itu tiada masalah kerana itu hanya ikut pada satu sudut pandang anda sahaja, tetapi apabila ada mereka yang lain membacanya, mungkin ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang tetapi ada orang lain boleh melihat dan menegur anda.

Maka anda perlu berhati-hati dan selalu meminta pandangan individu yang anda percaya supaya apa yang anda post itu bukan sesuatu post yang boleh mendatangkan perkara negatif.

5. Jarakkan diri anda dengan media sosial
Apabila anda dalam keadaan yang sedih atau berada pada tahap emosi yang tidak stabil. Jarakkan diri anda dengan media sosial atau lebih mudah jarakkan diri anda dengan smartphone anda.

Kadang kala emosi ini akan mendorong anda untuk post perkara-perkara yang di luar batas akal fikiran anda. Cuba untuk berfikir dengan cara lain yang lebih baik untuk melepaskan tekanan dan emosi tersebut daripada anda postnya di laman-laman media sosial yang anda ada