TIP UBAT RINDU, BAGI PASANGAN YANG BERCINTA JARAK JAUH.


Buat Pasangan Jarak Jauh, Ini Tip Buat Anda Ubat Rindu!

Buat Pasangan Jarak Jauh, Ini Tip Buat Anda Ubat Rindu! Hubungan jarak jauh ni bukan mudah. Hanya orang yang kuat je mampu melalui perjalanan ini. Buat yang sedang melalui hubungan jarak jauh, jangan mudah putus asa, ini tip buat korang ubat rindu.

1. TERUS BERHUBUNG
Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.

2. EKSPRESIKAN PERASAAN BUAT SI DIA
Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya ‘The Five Love Languages for Singles’, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda.

3. TULUS DAN SETIA
Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali.

4. BERIKAN KEJUTAN
Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia.

5. RAIKAN MASA SENDIRI
Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti kesukaan anda seperti membeli-belah, bersukan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.