CARA MUDAH UNTUK MEMIKAT HATI SUAMI.


Ketahui Cara Untuk Memikat Hati Suami Kita. Mudah Je! Mungkin kedengarannya agak klise namun itulah hakikat sebenar seorang wanita. Sekurang-kurangnya jika tidak mahir beraksi di dapur sekali pun, cukuplah sekadar mempunyai asas memasak. Tidak perlu menjadi chef yang boleh memasak serba-serbi hidangan.

1. Terjaga Kebersihan
Banyak kelebihan sebenarnya apabila kita tahu memasak. Bukan sahaja terjaga kebersihan penyediaan makanan tetapi dalam masa yang sama dapat memelihara daripada segi khasiat dan nutrisi dalam makanan yang disediakan. Alasan tidak tahu memasak tidak boleh diterima kerana banyak wadah yang boleh dijadikan panduan untuk kita belajar memasak. Mulakan dengan hidangan yang ringkas dan mudah.

2. Pikat Hati Suami
Cuba pikat suami, anak-anak serta mertua anda dengan belajar memasak masakan kesukaan mereka. Mungkin pada awalnya rasanya agak kurang enak, tapi jika anda tidak berputus asa, anda mungkin akan menjadi sehebat Chef Anis yang jelita itu. Memang pakej. Sudahlah cantik, pandai memasak pula. Tentu suami dan ibu mertua sayang.

3. Pengikat Kasih Sayang Suami
Percaya tak bahawa seorang isteri mampu menawan hati suaminya dengan masakan air tangannya? Setiap suapan suami ke dalam mulutnya hasil masakan isteri tercinta akan lebih menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain. Jika tidak mahir memasak, belajarlah sedikit demi sedikit nescaya anda akan nampak hasilnya. Masakan air tangan isteri juga akan membuatkan suami sering terbayang-bayangkan diri anda. Jadi jika mahu hidup suami anda dibayangi diri anda maka rajin-rajinlah memasak ya!

4. Pikat Hati Ibu Mertua
Ibu mertua mana yang tidak gembira apabila mendapat menantu yang mahir memasak di dapur. Tentunya anda juga rasa ‘kembang’ apabila masakan anda sering dipuji oleh ibu mertua bukan? Sebenarnya tiada yang mustahil untuk dicapai asalkan kita ada usaha untuk melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya memasak bukanlah sesuatu yang remeh jika kena dengan caranya. Luangkan masa hujung minggu untuk menyediakan bahan-bahan masakan. Jadi apabila pulang dari kerja, bolehlah anda memasak dengan cepat dek kerana semua bahan telah siap disediakan. Tinggal hendak memasak sahaja.